99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Bersabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai program/rencana/perancangan (doa & solat istikarah);
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati melarut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usik dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu bercita-cita tinggi akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari melakukan dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid, terutama lelaki);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu,berjemaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bertemulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah persetujuan sebulat suara fikiran dgn jemaah masjid,rakan,keluarga,orang kampung, jiran & sbgnya;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan nafsu & iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia sebaliknya takutlah kpd Allah;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala (patung manusia,gambar manusia) Malaikat tak akan masuk rumah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran(istiqomah);
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Perbanyakkanlah berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad SolallAllahuuAlaiWassalam;
56. Cintailah keluarga Nabi SAW;
57. Penting; Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah sementara dan kehidupan akhirat selama-lamanya;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang sia-sia seperti bercakap-cakap,perbuatan,lihat,mendengar,fikir perkara yang tidak berguna;
61. Bergaullah dengan orang-orang beramal soleh,beriman & bertaqwa;
62. Sering bangun di penghujung malam, bertahajud,berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
69. Ringankanlah bebanan orang lain dan tolonglah mereka yang menghadapi kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil!, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita dan kasihani orang yang lebih muda dari kita;
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita(dari segi Agama);
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan (sebaiknya sebelum tidur);
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk Agama,Negara,Khalifah dan Umat Islam;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargailah petunjuk jalan yang baik dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk hiburan yang melalaikan dan kesenangan yang melebihkan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk bersenam yang sesuai dengan mengikut agama dan keadaan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Belajarlah untuk melupakan kesalahan orang dan pelajarilah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina;
93. Penting; Jangan cepat percaya kepada berita tidak elok yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah & hulurkanlah tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
(only Muhrim dan Kaum jantina sejenis sahaja);
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Bersabarlah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan (Qado &
Qodar;
98. Yakinlah pada Allah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;
99. Jangan kita berjaya di atas menyebabkan penderitaan orang dan jangan kita kaya di atas dengan memiskinkan
orang.
99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN 01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Bersabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila memp...
About author: Nije
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários:
Post a Comment